Thursday, August 1, 2013

Undang Undang Flip Trade! Naked Trading Part 1

Setiap games ada law dia tersendiri; cuba korang guna law 'basketball' semasa main 'football'; jangan gelak.. Undang-undang yang digunakan oleh George Soros semasa trading, semestinya tidak sama berbanding undang-undang yang digunakan oleh Warren Buffett semasa 'Investing'... Walaupun objektif mereka sama iaitu 'profits'..

So ini adalah Law untuk Flip Trade.. kalau korang bercadang nak 'breaks rule nie'; aku cadangkan 'korang' cari method lain... 

Law pertama: Kenalpasti trend dengan cara melabel 'price action' @ dinamakan 'analisa aliran market' @ 'market flow analysis'. Label yang diperlukan ialah price action @ price reaction yang membentuk high, low, lower high, higher high, higher low, lower low... Uptrend terbentuk hasil daripada 'penetrations of market high' dan menghasilkan significant 'new highs' after the 'penetration' dan definisi uptrend ialah 'series of 'new highs' & active low... Downtrend terbentuk hasil daripada 'penetration of market low' dan menghasilkan significant new low after penetration' dan definisi Downtrend ialah 'series of new low & active high. Jika sequence 'price action' atau analisa aliran market suggest trend up; so intai peluang untuk buy, jika sequence 'price action' suggest down, so intai peluang untuk sell...

Terdapat tiga 'trend' yang dapat dikenalpasti...

1. Uptrend iaitu 'series of new highs and active low'...
2. Downtrend iaitu 'series of new lows and active high'..
3. Sideways iaitu 'series of equals high and equals low'..

Key words untuk kenalpasti trend diatas ialah, dalam :-

a) Untuk uptrend 'first' cari titik 'low' kemudian 'cari titik high @ resistance point'; kemudian 'titik upside penetration of high @ resistance, next point ialah 'significant new highs'...

b) Untuk downtrend, 'first' cari titik 'high' kemudian cari titik low @ support point, kemudian cari 'downside penetration of low @ support', next point ialah cari 'signifcant new low'..

c) Untuk sideways, remember 'cari titik' low, kemudian 'cari titik high @  resistance point' kemudian, you see no 'upside penetration of high @ resistance. Or cari titik high, kemudian cari titik low @ support, kemudian, you see no 'downside penetration of low @ support'...

Ini adalah 'cara kenal trend'. Jika 'trend up - buy ajer'; jika trend down - sell ajer, jika trend sideways - usha ajer... Hakikatnya pada masa ini iaitu melakukan 'market flow analysis terhadap price reaction' adalah cuma dan cuma untuk kenal 'trend' dan tiada kaitan dengan 'timing untuk entry'.. Timing untuk 'entry' adalah 'step lain'..

Mudahkan.. memang mudah,tapi tak senang nak buat.. antara sebab-sebab yang menjadikan law pertama ini susah atau tak senang untuk diikut ialah:

1. Ego... Ego... tak payah nak label-label, usha 'dengan naked eye' pun sudah.. Kan nak naked trading...

2. Malas.. malaies... dan seangkatan dengannya.. Aku ingat lagi 'legend' trader dulu-dulu siap label di kertas sendiri.. sekarang nie, chart dah depan mata pun boleh malas nak 'buat' kerja tambahan...

So nasihat aku kepada sesiapa yang berminat nak FLIP trade; sila label price action.. Kalau rasa pening sebab nak 'label' pada banyak PAIRS; maka aku nasihatkan FOCUS pada 'certain time frames' dan 'certain pairs'...

Nantikan sambungannya nanti..

No comments: