Sunday, April 3, 2011

Kepentingan Sejarah Di Masa Hadapan (BM)

Setiap detik yang berlaku pada diri anda dimasa yang lalu adalah sejarah. Namun adakah setiap detik yang berlaku; anda ingin catatkan sebagai sejarah yang penting. Setiap hari anda 'breakfast' pada jam 8.00 pagi. Adakah ini sejarah yang penting untuk anda catatkan sebagai sejarah. 13 April merupakan ulangtahun kelahiran aku, hari ini wife dan anak aku telah mengingatkan aku akan tarikh itu, tahun lepas aku 'belanja' something kepada mereka. Ia menjadi kenangan  untuk mereka tidak melupakan 'tarikh' itu. Mungkin tahun ini, aku belanja 'something' dan tahun depan 'mereka' akan mengingatkan lagi kepada aku tentang tarikh ini..

Sejarah akan menjadi rujukan dimasa hadapan, sekiranya 'sejarah' tersebut memberi 'kenangan'. Jika sejarah tersebut memberi 'memori', maka ia akan terus dikenang. Peristiwa September 11 & peristiwa 13 Mei mempunyai impak yang tersendiri untuk menyebabkan kita akan merujuk kepada tarikh tersebut. Jika 'tarikh' itu muncul semula, ia akan di 'kenang'.

Pergerakan 'price' yang berlalu menjadi sejarah; namun bukannya setiap saat yang berlalu itu memberi 'memori' kepada trader; tambahan pula untuk menjadi 'memori' kepada 'ramai trader'.

Pada 'price' atau 'level' manakah; price akan menjadi 'memori' kepada 'trader' untuk dirujuk pada masa 'hadapan'?

Persoalan ini akan menjadi 'fokus' utama aku dalam mengenal perkataan 'support' dan 'resistance' di dunia forex.

No comments: