Monday, December 1, 2014

Naked Forex - Definisi Trend

Naked Trader secara asasnya perlu faham bahawa :

Jika trend Up ; Intai peluang untuk Buy sahaja.

Definisi Uptrend ialah siri kenaikan 'high' dan 'low' yang makin 'high' dari 'high' dan 'low' yang sebelumnya. Maka untuk siri kenaikan ini dimulakan dengan H @ Higher iaitu samada HH iaitu Higher High atau HL iaitu Higher Low. Higher merujuk kepada lebih tinggi.

Jika trend Down; Intai peluang untuk Sell sahaja.

Definisi Downtrend ialah siri penurunan 'high' dan 'low' yang makin 'rendah' dari 'high dan 'low' yang sebelumya. Maka siri penurunan ini dimulakan dengan L @ Lower iaitu samada  LL iaitu Lower Low atau LH iaitu Lower High. Lower merujuk kepada lebih rendah.

Jika trend Sideways; Tunggu Retracement selepas Breakouts.

Sideways berlaku apabila price berada dalam julat 'high' dan 'low' yang hampir sama berbanding yang sebelumnya. Maksudnya tidak termasuk dalam definisi Uptrend atau Downtrend. Jika julat sideways antara 50 pips shj, jika enter trade; tak banyak profit sebab - price mungkin akan range kurang dari 50 pips. Bila berjumpa dengan situasi begini; maka 1st - tunggu berlaku breakouts. 2nd: Kemudian tunggu pula retracement. 3rd - apabila berlaku retracement; cari peluang untuk entry.

Summary :

Uptrend - Intai peluang untuk Buy ajer.
Downtrend - Intai peluang untuk Sell ajer
Sideways - Tunggu Breakout;Tunggu Retracement

No comments: